Polis gagalkan cubaan larikan kanak-kanak

KUALA TERENGGANU — Tindakan pantas polis telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada diculik selepas setengah jam mangsa dibawa lari bersama kenderaan Mitsubishi Storm milik bapanya di Kemaman pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika mangsa dikatakan, sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut yang ditinggalkan ibu dan bapanya yang singgah di sebuah stesen minyak di Kijal untuk ke tandas.

Melihat kenderaan berkenaan tidak dikunci dengan keadaan enjin masih hidup, seorang lelaki dilapor melarikan kereta tersebut dan memecut ke arah Dungun.

Kejadian bagaimanapun disedari ibu mangsa yang berusia 37 tahun apabila melihat kereta itu bergerak dan dia bersama suaminya yang merupakan seorang peniaga berusia 47 tahun terus menghubungi pihak polis.

Keluarga itu dari Kijal sedang menuju Chukai untuk urusan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis daerah Kemaman terus membuat operasi sebelum melihat kenderaan tersebut di Kerteh.

“Lebih kurang pukul 11 pagi, anggota polis berjaya memintas kenderaan curi itu kira-kira 70 kilometer dari tempat ia dilarikan.

“Kanak-kanak lelaki itu pula ditemui dalam keadaan terpinga-pinga selepas terjaga dari tidur tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s