Seramai 37 Termasuk Kakitangan Kerajaan Dan Warga Emas Ditahan Kerana Dadah

BESUT, 23 Jan (Bernama) — Seorang kakitangan kerajaan dan seorang warga emas adalah diantara 37 orang yang ditahan dengan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu dan Cegah Jenayah awal pagi Rabu.

Ia merupakan anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata ops yang diketuai ASP Shamsuddin Abas dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Besut itu berlangsung dari 1.00 pagi dan berakhir pukul 9.00 pagi hari ini.

Katanya, ops tersebut ditumpukan ke beberapa buah kampung di Hulu Besut berjaya menahan penagih dan pengedar dadah berumur antara 18 hingga 53 tahun melalui 52 serbuan dari rumah ke rumah.

Menurutnya, sebanyak 31 daripada penagih yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lima lagi di bawah Seksyen 15(1) akta yang sama.

Manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 12(2) juga akta yang sama kerana didapati memiliki tujuh biji pil kuda (Methamphetamine).

Kedua-dua suspek tersebut didapati menagih pil kuda sejak beberapa tahun lalu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s