Mangsa kebakaran gembira diserahkan rumah baru

KUALA TERENGGANU – Tiga keluarga yang rumah mereka hangus seluruhnya dalam kebakaran September tahun lepas, semalam gembira menerima rumah baru dibina atas keprihatinan kerajaan negeri Terengganu.

Di samping itu, mereka dari Taman Perumahan Wakaf Tengah, dekat sini turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 pada Majlis Penyerahan BR1M bagi Parlimen Kuala Nerus oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri di sini.

Seorang daripada mangsa kebakaran, Mazalan Mohamad, 64, melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk berpindah masuk ke rumah baru.

“Saya sungguh teruja dan sangat gembira hari ini, bukan sahaja dapat kunci rumah, tetapi saya turut menerima BR1M sebanyak RM500. Saya tak sabar untuk berpindah ke rumah baru dari rumah sewa sekarang,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 467 orang dari Kampung Pengkalan Maras dan Alor Damak dekat sini menerima bantuan kewangan itu.

Seorang lagi mangsa, Wan Nor Abidin Wan Salleh, 55, berkata, kalau tidak dibantu kerajaan, pembinaan rumahnya secara bersendirian pasti terbengkalai kerana beliau tidak mampu untuk membaikinya dalam masa singkat.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kerajaan membantu memulihkan kediaman kami,” katanya. – BERNAMA

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s