Terengganu paling rendah kemalangan dalam Ops Selamat

SALLEH (kanan) memberi cenderahati kepada orang ramai di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Terengganu setakat ini muncul negeri paling rendah mencatatkan kadar kemalangan jalan raya berbanding negeri-negeri lain menerusi statistik polis dalam Ops Selamat II yang bermula 3 Februari lalu dan bakal berakhir pada 17 Februari nanti.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, setakat ini statistik menunjukkan hasil yang positif dan hampir lima peratus menunjukkan penurunan di negeri ini.

Katanya, selain kes kemalangan, statistik kes pecah rumah turut menunjukkan penurunan yang sama dan pihaknya akan meneruskan rondaan bagi memastikan ianya tidak menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Sejak Ops Selamat II dilancarkan, statistik yang diperoleh amat memuaskan dan menujukkan hasil yang positif,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, operasi kali ini memberi penekanan nasihat kepada pengguna jalan raya dan mengurangkan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Salleh memberitahu, pihaknya akan memberi anugerah kepada 50 pemandu paling berhemah sepanjang Ops Selamat II.

Anugerah itu akan membabitkan 30 penunggang motosikal manakala 10 masing-masing bagi pemandu bas dan pemandu kereta yang akan dipilih secara rawak di mana ia akan diumumkan pada 20 Februari ini.

“Pemilihan akan dibuat melalui rekod bersih pemandu, mematuhi peraturan yang ditetapkan serta cara mereka menunggang dan memandu,” katanya. – Bernama

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s