Terengganu Tampil Dengan Jersi Baharu Menjelang Perlawanan Liga Super Jumaat Ini

KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) — Terengganu akan memperkenalkan jersi baharu pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Jumaat ini.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Terengganu (Peteh) bagi memberikan suntikan moral kepada skuad bimbangan E Elavasaran.

Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, Rabu berkata semua penyokong skuad Penyu dijemput memeriahkan majlis pelancaran jersi baharu itu di stadium berkenaan pada jam 5 petang esok.

Selain itu, katanya, Peteh dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengagihkan ‘flip flop stick’ kepada penyokong sebagai tanda menghargai sokongan peminat terhadap skuad Penyu.

“Kita harap dengan pelancaran jersi baharu Kelab Peteh ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat kepada pemain pasukan Terengganu dalam mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA musim ini,” katanya.

Selepas lima perlawanan Liga Super musim ini, Terengganu berada dalam tangga tercorot liga dengan dua mata selepas mencatatkan dua keputusan seri dan kalah tiga kali.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s