10,000 penduduk, wakil rakyat gotong-royong bersihkan Besut

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusoff (dua dari kanan) turut sama mengutip sampah bersama guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang di Besut, semalam.

BESUT 15 Feb. – Lebih 10,000 penduduk dalam empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) keluar beramai-ramai menjayakan gotong-royong membersih sekitar kawasan penempatan mereka sempena Hari Kebersihan Daerah Besut hari ini.

Bermula seawal pukul 8 pagi, sekolah, masjid, surau, balai raya, tadika, kawasan perumahan serta tanah perkuburan menjadi tumpuan mereka dalam memperlihatkan semangat kesukarelaan.

Meskipun hujan tetapi itu tidak menghalang penduduk keluar beramai-ramai di kawasan masing-masing bagi menjalankan tanggungjawab sosial menjaga kebersihan daerah.

Gotong-royong perdana anjuran bersama Pejabat Daerah Besut dan Majlis Daerah Besut (MDB) itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat agar mengutama dan menghargai kebersihan bagi mengwujudkan persekitaran yang ceria dan sihat.

Pegawai Daerah, A. Rahim Jusoh berkata, program itu turut melibatkan pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan, guru, pelajar, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berpuas hati dengan komitmen penduduk daerah ini yang keluar mengadakan aktiviti berkenaan walaupun dalam keadaan hujan dan berharap semangat ini terus menjadi amalan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s