Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan

KUALA TERENGGANU 23 Mei (Utusan)- Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menggesa kerajaan negeri meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan dihidupkan semula Khamis ini.

Pengerusinya, Wan Supian Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan daya tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Payang Walk selain dapat memperkenal kebudayaan tempatan.

Beliau berkata, wayang kulit, rodat, tarian saba dan silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih wujud untuk diketengahkan kepada pelancong dan generasi baharu.

Katanya, persembahan kebudayaan di Payang Walk mula diperkenal setiap Sabtu dan Ahad setiap dua kali seminggu sejak dibuka Oktober hingga November tahun lalu tetapi dihentikan Disember lalu kerana masalah cuaca.

“Namun, PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri.

“Kita banyak diberi pendedahan mengenai kebudayaan negeri, tetapi tidak ada pertunjukan khusus atau secara berjadual untuk ditonton oleh orang ramai dan pelancong,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ke-24 di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Pengarah di Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria.

Sehubungan itu, katanya, PPNT akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafie dalam waktu terdekat.

Katanya, sebagai sebuah persatuan, PPNT tidak mempunyai peruntukan untuk membiayai persembahan kebudayaan yang memerlukan kira-kira RM30,000 sebulan bagi menjayakan persembahan untuk dua kali seminggu.

Katanya, peruntukan kerajaan negeri amat diperlukan untuk membiayai persembahan kebudayaan sekali gus merancakkan aktiviti Tahun Melawat Terengganu.

Dalam perkembangan lain, PPNT mahu kerajaan negeri mengkaji hasrat merobohkan jeti Shahbandar di sini, yang dijadikan lokasi penting untuk ke pulau-pulau di negeri ini berikutan kerja-kerja menambak pasir di kawasan itu.

“Jeti lama di Shahbandar akan diroboh manakala jeti baharu dicadang dibina di Pulau Duyong yang terletak lebih jauh sehingga menyukarkan orang ramai berkunjung ke Pasar Payang,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130524/wt_03/Kerajaan-negeri-digesa-terus-aktiviti-kebudayaan#ixzz2UACHUBKf
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kesenian & Kebudayaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s