Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun

AHMAD Said (kiri) mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam. – BERNAMA

KUALA TERENGGANU 22 Mei — Majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan pelantikan Speaker DUN akan diadakan pada 16 Jun, di Wisma Darul Iman di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perasmian penggal baharu sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun.

“Sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah, di sini pada 11 Mei lepas, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain Ahmad, turut mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu ialah 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menerima watikah pelantikan.

Pada PRU-13, BN Terengganu memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN selain empat daripada lapan kerusi Parlimen. — BERNAMA

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s