Timbang semula hasrat roboh Pasar Payang

KUALA TERENGGANU 23 Mei (Utusan)- Kerajaan negeri diminta menimbang semula hasrat meroboh Pasar Besar Kedai Payang untuk dibangunkan kompleks bersepadu yang menempatkan pasar baharu selain hotel dan pangsapuri.

Pengerusi Persatuan Pelancong Negeri Terengganu (PPNT), Wan Supian Wan Ishak berkata, sebagai pemain industri pelancongan, konsep Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada seharusnya dikekalkan.

Katanya, Pasar Payang cukup sinonim kepada pelancong dari dalam dan luar negara dan menjadi lokasi wajib dikunjungi untuk membeli belah pelbagai barangan termasuk batik dan beraneka makanan tradisional.

“Jika dirobohkan dan dibina dengan konsep moden termasuk pembinaan hotel, saya bimbang seri Pasar Payang akan hilang dan tidak lagi menjadi destinasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ke-24 di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini hari ini yang dirasmikan Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria.

Beliau mengambil contoh Bazar Warisan yang dibina bersebelahan Pasar Payang yang menjual pelbagai produk batik dan kraftangan yang didapati kurang mendapat perhatian pengunjung.

Katanya, pelancong lebih suka mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang kerana boleh membeli pelbagai barangan termasuk batik, kraftangan, makanan tradisional dan kuih-muih.

Beliau menambah, kerajaan negeri boleh membuat penambahbaikan pada bangunan itu dengan membaiki bahagian yang menjejaskan keselamatan orang ramai.

“Saya difahamkan, bahagian yang perlu dibaiki pada masa ini ialah kawasan pasar ikan, sepatutnya kawasan itu sahaja yang dibaiki manakala yang lain harus dikekalkan dan bukan semuanya dirobohkan,” katanya.

Katanya, konsep Pasar Besar Kedai Payang perlu dikekalkan sebagai identiti dan ikon Terengganu di samping diberi penambahbaikan bagi keselesaan peniaga dan pengunjung tanpa menjejaskan struktur asal dan fungsi sebenar.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Permandangan, Pelancongan & Rekreasi, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s