Program Rampai Budaya Muzium Terengganu Dijangka Tarik Ramai Pengunjung

 

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) — Program Rampai Budaya anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) kali ini dijangka mampu menarik lebih 4,000 pengunjung pada musim cuti persekolahan.

Program yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik itu akan bemula pada 26 Mei hingga 6 Jun dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.

Timbalan Pengarah LMNT Che Muhamad Azmi Ngah berkata program itu adalah sesi kedua tahun ini dan pihaknya menjangkakan pertambahan pengunjung berbanding program pada Mac lepas.

“Program Rampai Budaya kali ini agak berlainan, kerana kami akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertunjukan ular, permainan tradisional, memasak makanan tradisional serta pameran dan jualan.

“Bagi aktiviti memasak makanan tradisional dan permainan tradisional, kami akan mengajar pengunjung cara untuk membuat makanan dan permainan tradisional seperti membuat keropok, gasing dan serunai dari daun kelapa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata aktiviti itu adalah untuk mendidik masyarakat supaya mengenali budaya orang terdahulu dan memastikan budaya masyarakat dahulu terus dikenali.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s