Murid tahun dua lemas di pantai Sura Hujung

DUNGUN (Bernama) – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sultan Omar di sini, mati lemas ketika mandi di pantai peranginan Sura Hujung dekat Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superitendan Dahlan Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika Nurul Nabilah Zubir, 8, sedang berkelah bersama ibu bapa dan lima adik-beradiknya.

Kejadian itu juga nyaris meragut nyawa ibunya Norizah Sulaiman, 41, yang turut lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Dahlan, ketika kejadian mangsa sedang mandi di tepi pantai apabila tiba-tiba dihanyutkan ombak, menyebabkan ibunya, guru di Sekolah Menengah Seri Dungun, cuba menyelamatkan mangsa namun dia sendiri turut lemas.

Melihat keadaan itu, ketua keluarga Zubir Nordin, 47, bertindak terjun ke laut dan berjaya menyelamatkan isterinya, manakala Nurul Nabilah dihanyutkan arus, kata Dahlan.

“Jenazah mangsa ditemui ayahnya yang bertindak terjun ke laut selepas ternampak baju yang dipakai anaknya itu di dasar laut sebelum membawanya naik ke daratan dan memberi bantuan pernafasan,” katanya.

Nurul Nabilah bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Dungun. – Bernama

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s