Dua penggiat seni sakit kronik dibantu

KUALA TERENGGANU 13 Jun (Utusan)- Kerajaan negeri memutuskan untuk menyalurkan bantuan kepada dua penggiat seni tempatan, Mazlan Zakaria dan Habsah Jusoh yang kini menderita penyakit kronik.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri di sini hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau memberitahu, bantuan berjumlah RM10,000 setiap seorang itu akan disalurkan kepada kedua-dua penggiat seni tersebut dalam waktu terdekat.

Menurutnya, bantuan itu disalurkan sebagai menghargai sumbangan serta jasa mereka dalam kegiatan seni tempatan, khususnya di Terengganu.

“Kita (Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri) telah buat keputusan untuk menghulurkan sumbangan bagi mengenang jasa dan sumbangan mereka dalam kegiatan seni.

“Bantuan ini juga diharap dapat membantu meringankan penderitaan yang ditanggung,” katanya kepada pemberita sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Mazlan, 53, yang merupakan penggiat seni tempatan kini masih terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan kaki kanannya terpaksa dipotong akibat diabetes.

Mazlan yang sebelum ini aktif melibatkan diri dalam teater menghidap penyakit itu sejak 10 tahun lalu dan kira-kira tiga bulan lalu keadaannya disahkan serius.

Manakala Habsah, 65, pula merupakan penyanyi lagu-lagu rakyat tempatan dan dia turut menderita akibat diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu.

Antara lagu-lagu rakyat yang dipopularkan oleh Habsah ialah Selasih Ku SayangJoget Terengganu dan Ulik Mayang.

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kesenian & Kebudayaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s