Kerajaan sedia RM33.1 juta

AHMAD Razif Abdul Rahman (berdiri, enam dari kanan) bersama sebahagian peserta pada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang di Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 13 Jun (Utusan)- Kerajaan negeri komited untuk memberikan lebih fokus kepada langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan komitmen kerajaan Pusat demi kepentingan sumber alam semula jadi itu daripada musnah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Teknologi Air negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ketika memberikan jaminan itu berkata, pihaknya bersedia memikul amanah itu bagi memastikan Terengganu dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya.

Usaha itu katanya, merangkumi pelbagai aspek pengurusan dan pembangunan hutan serta alam sekitar termasuk langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelak kemusnahan berterusan akibat bencana alam dan sebagainya.

Sehubungan itu, Ahmad Razif berkata, untuk tahun ini, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan berjumlah RM33.1 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bagi mengurus dan pelaksanaan sembilan projek utama pembangunan hutan di negeri ini.

Jelasnya, ini melibatkan pengurusan sumber hutan, pembangunan sumber hutan, hutan lipur dan eko-pelancongan, infrastruktur dan utiliti, pemeliharaan sumber, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) publisiti dan pengembangan perhutanan, kualiti biji benih, bekalan tanaman, operasi serta penguatkuasaan.

Menurutnya, jumlah peruntukan itu akan meningkat dari tahun ke tahun bagi membolehkan langkah proaktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diberi penekanan agar dapat dimanfaatkan untuk generasi akan datang.

“Sebelum ini, kita tak fokus sangat pasal ini (pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar), sekarang ada portfolio baharu dan saya diberi tanggungjawab untuk pastikan ini dijalankan dengan sebaiknya.

“Kalau tak jaga dari sekarang kosnya makin tinggi, implikasi kewangan akan meningkat dengan langkah-langkah pemuliharaan yang perlu kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang dekat sini hari ini.

Pada program itu, sebahagian daripada 200 peserta yang hadir turut menanam pokok ketapang dan rhu sebagai simbolik kepentingan penjagaan alam sekitar terutama di kawasan pesisiran pantai.

Ahmad Razif berkata, aktiviti penanaman pokok seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa di sepanjang pesisiran pantai di negeri ini meliputi Besut, Dungun dan Kemaman bagi mengelak berlaku hakisan pada setiap kali musim tengkujuh.

Menurutnya, penanaman pokok di pesisiran pantai penting sebagai langkah pencegahan, selain membantu negara daripada menanggung kos yang amat tinggi bagi membaik pulih akibat kemusnahan yang berlaku.

“Program ini (tanam pokok) akan diteruskan di semua kawasan pesisir pantai, mencegah adalah lebih baik kerana jika berlaku kemusnahan, untuk baik pulih, kosnya amat tinggi dan ini satu pembaziran kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau juga menarik perhatian, pada masa ini, daripada keseluruhan tanah di Terengganu, 42 peratus merupakan kawasan hutan simpan kekal melibatkan keluasan 0.544 juta hektar.

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s