Elak dicekup polis

HAMZAH (tengah) menunjukkan sebahagian daripada senjata yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU (Kosmo)– Tindakan tiga penjenayah memecut kenderaan sejauh tiga kilometer untuk melarikan diri daripada polis memakan diri apabila mereka dapat diberkas dengan dua daripadanya cedera terkena tembakan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi, Sabtu lalu di Kampung Durian Guling, Marang itu, dua suspek yang masing-masing cedera di pinggang kanan dan lutut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd. Jamil berkata, sebelum kejadian, empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki tiga suspek tersebut di kawasan Kampung Sungai Serai, Marang.

“Anggota polis berasa curiga apabila kereta itu dipandu perlahan selain terdapat kecacatan pada nombor pendaftarannya lalu mengekori suspek.

“Sebaik menyedari kenderaan mereka diekori, suspek membuat pusingan U dan cuba melanggar anggota ketika diarahkan berhenti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s