‘Mak, ayah tiri kita jahat’

AHMAD bersama isteri, Toh Puan Norliza Mahmud melawat tiga beradik mangsa dera ibu dan bapa tiri di HSNZ di Kuala Terengganu semalam.

 

KUALA TERENGGANU – Budak mangsa dera, Mohd. Rafiq Haikal Yusman enggan memaafkan ibu kandung dan bapa tirinya atas perbuatan kejam pasangan itu mendera dia dan dua adik lelakinya, Mohd. Aqil Zaquan, 2, serta Mohd. Afiq Hazwan, 5, di sebuah rumah di Gong Badak di sini.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, berkata, ibu dan bapa tirinya zalim apabila sanggup melihat dua jari kaki kirinya mengalami kecacatan kekal akibat melecur apabila disimbah air panas beberapa bulan lepas.

Menurutnya, dia dan dua adiknya itu juga diperlakukan seperti binatang apabila diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok dan kena gantung pada kipas.

Katanya, dia percaya nasib malang itu tidak akan menimpa ke atas dirinya dan dua adiknya jika bapa kandungnya masih hidup dan tinggal bersama.

“Kami tidak suka dan tidak sayang mak dan ayah (tiri) kita, sebab dia jahat, ayah (kandung) baik kita dah mati, kita tak akan maafkan mak dan ayah yang jahat itu.

“Kami kena ikat dengan tali, dicucuh (puntung) rokok, kena gantung pada kipas, kena simbah air panas dan banyak lagi,” ceritanya.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s