Selangor juara Sukma XVI, sekat dominasi Terengganu

KUALA LUMPUR (Utusan)- Selangor berjaya menyekat dominasi Terengganu apabila muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Terengganu yang menjuarai edisi 2008, 2010, 2011 serta 2012 berada di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.

Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 15 emas 20 perak dan 27 gangsa.

Lebih menarik, gimnas Selangor. Daniel Iskandar Richard dari acara gimnastik artistik dinobat Atlet Lelaki Terbaik selepas meraih tiga emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan berpasukan dan kekuda berpelana.

Dia juga telah meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.

Sementara Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak pula dirai sebagai Atlet Wanita Terbaik dan kedua-dua atlet tersebut telah menerima trofi dan RM1,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Esmelda yang telah pun pulang ke negeri kelahirannya, Sarawak terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur, semalam.

Dia meraih dua emas dalam aparatus melombol dan batan titian.

Gimnas berusia 13 tahun itu telah meraih tiga perak bagi disiplin berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.

Dia juga telah memenangi satu pingat gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.

Bendera temasya yang telah diturunkan kemudian diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XVI, Datuk Seri Zolkples Embong sebelum diberikan kepada Khairy yang kemudiannya memberikan kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai wakil tuan rumah Sukan Malaysia XVII di Perlis tahun depan.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s