Dua sahabat baik maut

SETIU 26 Julai – Dua sahabat maut setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi kereta di Kilometer 84.5, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Bintang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mohd. Zuhairi Jusoh, 23, yang memandu kereta jenis Volkswagen Golf dan rakannya, Nik Zul Ehsanudin Mohamad, 23, dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Terengganu.

Setibanya di lokasi kejadian, difahamkan kereta berkenaan telah memasuki jalan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki oleh dua wanita.

Berikutan itu, Mohd. Zuhairi dan Nik Zul Ehsanudin yang berasal dari Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemandu kereta Toyota Vios, Nik Rafizan Nik Muhamad, 28, berasal dari Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan, cedera parah manakala penumpangnya yang belum dikenal pasti identitinya luka ringan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Raja Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s