Budak jadi wira selamatkan adik

berita@kosmo.com.my

 

MOHD. SYAWAL (kanan) dan adiknya menunjukkan rumah mereka yang musnah dijilat api di Besut semalam.

 

BESUT – Seorang budak lelaki berusia lima tahun menjadi wira selepas dapat menyelamatkan adiknya daripada kebakaran dengan menarik kanak-kanak itu keluar dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Kubang Depu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, Mohd. Syawal Mohd. Shukri dan adiknya, Mohd. Syakir, 4, selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, dua beradik itu sedang bermain di dalam bilik tidur manakala ibu bapa mereka keluar ke tempat kerja bapanya dan membawa bersama anak bongsu, Mohd. Syaril, 3.

Mohd. Syawal yang menyedari berlaku kebakaran di dapur segera menarik adiknya menuju ke rumah nenek mereka kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian sebelum berlari sejauh satu kilometer untuk mencari bapanya.

Mohd. Shukri Mohd. Nor, 36, berkata, dia yang tiba segera meluru ke dalam rumah untuk menyelamatkan dua anaknya sebelum dimaklumkan kedua-duanya selamat. Kerugian dianggarkan berjumlah RM28,000.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Ridzuan Mamat berkata, hampir 90 peratus rumah kayu itu musnah dijilat api ketika pihaknya tiba di tempat kejadian.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s