Mengaku salah pandu melulu

 Mengaku salah pandu meluluMohd Burhanuddin (kiri) dibawa keluar selepas Mahkamah Majistret membenarkannya diikat jamin semalam. – Foto Aswadi Alias

Pelajar sebabkan polis trafik putus kaki diikat jamin RM6,000

Jertih (Berita Harian): Seorang pelajar Tingkatan Enam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan seorang pegawai polis trafik bertugas ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, bulan lalu, putus kaki kanan.

Tertuduh, Mohd Burhanuddin Mohd, 19, dari Jalan Kubur, Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, di sini, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sebuah kereta Proton Saga secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah motosikal polis jenis Honda VTR800.

Mohd Burhanuddin yang hadir ke mahkamah dengan berbaju putih didakwa melakukan kesalahan itu jam 4.45 petang pada 17 Julai lalu di Kampung Jejawi/Alor Peroi, Kuala Besut.

Hadir ditemani ibu bapa

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan hilang kelayakan memegang atau mendapat lesen selama tidak kurang dua tahun.
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Inspektor Siti Noridah Mohd Ayub, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan hadir ditemani ibu bapanya.

Raja Norshuzianna Shakila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Akhbar pada 18 Julai lalu melaporkan, pegawai berkenaan, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, putus kaki kanannya selepas motosikal berkuasa besar ditunggangi ketika membuat rondaan dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut, di sini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s