Sultan Mizan seru umat Islam laksanakan tanggungjawab dakwah

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru muslimin dan muslimat supaya melaksanakan tanggungjawab untuk berdakwah kerana tanggungjawab itu harus dipikul bersama dan bukan hanya tugas ulama atau da’ie.

Baginda bertitah setiap individu Muslim mempunyai peranan tersendiri di dalam medan dakwah sama ada mereka sebagai petani, pegawai, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai pemimpin negara.

“Apa juga jawatan atau kedudukan mereka, tugas dakwah ini sama sekali tidak boleh ditinggalkan,” titah baginda di sini, hari ini dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri.

Titah baginda berdakwah di jalan Allah adalah suatu kewajipan dan juga amal ibadah yang paling baik dan amat dituntut jika dibandingkan dengan amal ibadah yang lain.

“Ini memandangkan tugas berdakwah adalah satu-satunya tugas utama yang dilaksanakan oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia”, titah baginda.

Baginda juga mahu rakyat dan umat Islam agar sama-sama menginsafi diri dan bersyukur dengan nikmat kemakmuran dan kedamaian di negara dan sama-sama berusaha dan berdoa supaya nikmat itu berkekalan.

Sultan Terengganu bertitah umat Islam juga perlu bermuhasabah diri dan menilai tahap pencapaian ibadah puasa masing-masing.
“Perlu kita muhasabah diri apakah amal ibadah kita bertambah baik dari setahun ke setahun atau semakin menurun mutunya,” titah baginda.

Baginda bertitah umat Islam juga digalakkan melakukan amalan kunjung mengunjungi antara rakan dan taulan, memberi makan kepada anak yatim dan fakir miskin serta bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Baginda dan Sultanah Nur Zahirah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Terengganu dengan doa dan harapan semoga segala amalan diterima Allah SWT. – BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s