Suami isteri meninggal selang sejam di Terengganu

DUNGUN: Menepati bidalan ‘sehidup semati’, sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, semalam.

Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.

Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang semalam selepas keadaannya makin tenat.

“Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.

Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini. 

Beberapa penduduk kampung yang ditemui Bernama menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.

Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.

Katanya, mereka terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.

“…mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama,” katanya.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung
Panchor Jerangau di sini, malam semalam.

– BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s