Anak hilang lepas keluar jual keropok

JERTIH (Sinar)– Sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai mengesan anak sulung mereka yang tidak pulang ke rumah sejak 16 Ogos lalu.

Ismail Ya, 67, dari Kampung Padang Luas, di sini, berkata, anaknya, Mohamad Haikal, 36, tidak pulang selepas keluar menjaja keropok lekor dan pau.

Menurutnya, lazimnya kawasan dia menjaja adalah di sekitar daerah ini serta Machang dan Pasir Puteh, Kelantan.

“Pada hari kejadian, saya dan isteri (Siti Fatimah Mohd Yusof, 64) tidak ada di rumah kerana berniaga di Pasar Besar Jerteh. Manakala, Mohamad Haikal pula berada seorang di rumah dan dikatakan keluar kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya.

Ismail berkata, ada penduduk di Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, memberitahu, pada hari kejadian, Mohamad Haikal ada menjaja di sekitar kampung tersebut, namun tidak diketahui ke mana arahnya selepas itu.

Sejak itu, mereka tidak mendapat apa-apa berita mengenai anak sulung daripada enam beradik itu, walaupun banyak berusaha dilakukan  termasuk melaporkan kehilangannya di Balai Polis Jerteh pada 24 Ogos lalu.

Menurutnya, Mohamad Haikal sentiasa memakai kopiah dan pada hari kejadian, dia dikatakan memakai jaket hitam serta membawa barang jualan menggunakan motosikal jenis Yamaha Sport dengan nombor pendaftaran BEA 5098.

Katanya, usaha untuk menghubungi Mohamad Haikal juga menemui jalan buntu kerana dia tidak membawa telefon bimbit akibat rosak.

Pada Februari lalu, Mohamad Haikal pernah hilang selama 17 hari, namun ditemui semula setelah seorang jirannya ternampak anaknya itu berjalan kaki di jalan besar dari Pasir Puteh menuju Jerteh.

Selepas itu, dia segera mendapatkan Mohamad Haikal yang kemudiannya menceritakan dia bertapa di sebuah gua di Pantai Bukit Keluang selama lapan hari, namun kemudiannya tidak dapat mencari jalan pulang.

Ismail berkata, Mohamad Haikal juga gemar berhenti di masjid atau menonton televisyen setiap kali berhenti minum di kedai-kedai disinggahinya.

Ismail dan isteri yang bimbang dengan nasib anaknya itu, berharap orang ramai yang menemui Mohamad Haikal, dapat hubungi mereka di talian 0126087665 atau 0132009531 atau balai polis terdekat.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s