Pembantu kedai maut dirempuh kereta

DUNGUN – Seorang pembantu kedai maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM5 Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat Kampung Santong hari ini.

Mohd Ali Ahmad, 29, mati ketika dirawat di Klinik Kesihatan Paka dan mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi ketika motosikal itu
keluar dari satu simpang di kawasan itu pada jam 12 tengah hari.

Kereta yang dipandu Adek Roshayati Mohamad, 26, turut mengheret mangsa kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, katanya di sini hari ini. – Bernama

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s