Ramli tewaskan 39 peserta

KUALA TERENGGANU (Sinar) – Juara bertahan.  Ramli Salleh, 46, seorang pelukis sepenuh masa mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan melukis poster 1Malaysia Sekeluarga anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) di sini.

Bapa lima anak itu turut menjadi juara dalam pertandingan kategori sama pada tahun lalu. Dalam pertandingan tersebut, dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, sijil dan juga hamper mengalahkan 39 lagi keluarga lain turut menyertai pertandingan tahunan itu.

Katanya, dua minggu sebelum pertandingan bermula, dia telah mula memikirkan idea untuk diterjemahkan dalam lukisan yang bakal dihasilkan meskipun tidak mengetahui tajuk atau tema dalam pertandingan bakal disertai itu.

Katanya, dia mula membuat senarai pendek apa yang ingin diterjemahkan dalam lukisan berdasarkan tema sambutan hari kebangsaan pada tahun ini dan juga berdasarkan pengalaman menyertai pertandingan sebelum ini.

Meskipun kemenangannya seolah-olah telah dijangkakan memandangkan dia pernah menjadi juara pada tahun lepas, namun cabaran tetap ada kerana peserta yang menyertai pertandingan tersebut juga mempunyai pengalaman dan juga kelebihan masing-masing.

“Menang atau tidak adalah perkara kedua. Apa yang paling penting adalah tema yang ingin disampaikan mencapai maksudnya. Meskipun tanpa kata-kata atau tulisan, mesej yang ingin disampaikan melalui hasil lukisan perlu mencapai maksudnya.

“Itu merupakan satu tanggungjawab kepada para pelukis sebab ia bukan hanya untuk tujuan pertandingan ini sahaja tetapi ia disimpan untuk dilihat atau dipamerkan sebagai pedoman generasi seterusnya pula,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, kelima-lima anaknya turut mewarisi kemahiran dan juga minat dalam melukis.

Katanya, sebagai bapa sudah tentulah, ia merupakan perkara yang sangat menggembirakan kerana bukan hanya dapat berkongsi hadiah tetapi ilmu dan juga pengetahuan bersama keluarga.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat (BPPM) PPAT, Rohayah Yahya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s