Akademi bomba bakal dilengkapi simulator

SULTAN MIZAN (dua dari kanan) bersama Abdul Rahman (kiri) dan Ahmad Said (dua dari kiri) melihat replika helikopter bomba di Marang semalam.

 

MARANG (Kosmo)– Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai di sini bakal dilengkapi kemudahan simulator canggih bagi melatih anggota bomba dalam kerja-kerja menyelamat melibatkan nahas udara dan laut.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha menaik taraf kemudahan termasuk pembinaan simulator itu akan menelan belanja kira-kira RM100 juta.

Katanya, kemudahan itu akan dapat melatih anggota bomba untuk bersedia dengan kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran di atas kapal dan juga landasan kapal terbang.

“Bagi tujuan itu, akademi ini juga akan mempunyai sebuah tasik dan kita juga akan menyediakan simulator dengan kapal terbang bersaiz sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin disini semalam.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s