3 termasuk ibu mengandung maut di Dungun

DUNGUN 29 Sept. – Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan adalah antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 23 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah di sini semalam.

Mangsa yang terbunuh penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yosof, 23, dan anak lelakinya Mohd Amizi yang berusia setahun setengah dan penunggang motosikal Mohd Nor Samat, 57.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, dalam kejadian 6.40 petang itu kereta jenis Proton Iswara yang dipandu suami mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum berpusing-pusing lalu merempuh motosikal yang ditunggangi Mohd Nor yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala manakala penumpang wanita itu tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.

“Rempuhan itu juga menyebabkan penunggang motosikal yang berasal dari Felda Kerteh 4, Dungun tercampak sejauh 10 meter,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun di sini malam tadi.

Menurutnya, suami mangsa Azmi Mohamad, 41, bersama dua lagi anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.

Katanya, semasa kejadian Wan Ayuzita bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman.

Sementara itu, anak Mohd Nor, Mohammad Keeri, 19, berkata, ketika kejadian dia bersama ayahnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menebas di kebun mereka di Sungai Apu pada pukul 6 petang.

Katanya, mereka menaiki motosikal berasingan dan semasa tiba di selekoh dia ternampak sebuah kereta meluru laju menghala ke arah mereka.

“Saya lihat kereta itu langgar ayah namun saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut,” katanya. – BERNAMA

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

One Response to 3 termasuk ibu mengandung maut di Dungun

  1. Almanar says:

    Mengapa Terengganu munkin terbanyak sekali memberi berita buruk terbanyak diMalaysia? Kemalngan, berita rokol, dadah, pembunuhan hinggakan runtuhan bangunan menjadi kemegahan Daru Imam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s