Bina segera padang bola sintetik kedua

Khairy Jamaluddin (dua dari kiri) melawat tapak Padang Sintetik di Komplek Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 1 Nov. – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu pembinaan padang bola sepak sintetik kedua di negeri ini yang terletak di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, disiapkan mengikut jadual iaitu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Katanya, beliau sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau perkembangan projek tersebut bagi memastikannya siap mengikut jadual.

“Sekiranya kontraktor yang dilantik gagal mematuhi tarikh yang dipersetujui sebagaimana dalam kontrak tersebut, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengenakan denda,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek itu di sini baru-baru ini.

Difahamkan, projek pembinaan padang sintetik kedua itu bermula sejak 2 Julai lalu dan dijadual siap hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, setakat ini, pembinaannya hanya siap sebanyak 12 peratus ekoran tertangguh selama 67 hari dipercayai berpunca daripada masalah dalam kerja-kerja tanah.

Padang bola sepak sintetik yang bernilai kira-kira RM1.8 juta itu merupakan yang kedua di negeri ini selepas padang pertama dibina di Kampung Tok Jiring siap awal Februari lalu.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s