UPSR: Terengganu kembali teratas

Ahmad Said menyampaikan slip keputusan, sijil dan sumbangan peribadi beliau kepada salah seorang murid yang mendapat 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai, Kemaman, semalam.

KEMAMAN 14 Nov. (Utusan) – Terengganu kembali berada di kedudukan teratas buat kali ke-12 selepas secara purata sebanyak 14 peratus daripada keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini mendapat 5A.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pencapaian itu sangat membanggakan kerana Terengganu mampu bangkit setelah kecemerlangan buat kali ke-11 berturut-turut terputus pada tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana dimaklumkan dalam UPSR tahun ini kita kembali di carta teratas setelah tahun lalu disaingi Kelantan dengan jurang pencapaian yang tipis iaitu dibezakan dengan hanya 0.01 peratus.

“Tahniah diucapkan kepada murid-murid cemerlang, para guru, Pejabat Pendidikan negeri dan daerah serta semua pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan Terengganu terus mengungguli peperiksaan UPSR seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis Mesra Menteri Besar Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail sempena pengumuman UPSR 2013 dekat sini hari ini.

Bagaimanapun secara peribadi, Ahmad mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaian itu kerana cita-citanya ingin melihat 20 peratus murid negeri ini memperolehi semua A belum tercapai.

“Sekarang (keputusan UPSR 2013) kita baru ada 14 peratus murid dapat semua A dan belum capai sasaran kerana di bawah Program 201052 kita sasarkan 20 peratus calon mendapat semua A.

“Walaupun tahun ini kita menjadi negeri terbaik tapi ia (keputusan) belum mencapai sasaran yang kita hasratkan,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada warga pendidik di semua peringkat di Besut yang memberi komitmen padu sehingga daerah itu mencatat bilangan murid terbanyak mendapat 5A iaitu 600 orang (17.7 peratus).

sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s