Dosa lelaki gila talak

Kuala Terengganu (Harian Metro): Seorang lelaki layak digelar gila talak apabila bukan saja tergamak mengugut mahu membunuh bekas isterinya, tetapi turut merogol mangsa dalam kejadian di Pengadang Baru, di sini, semalam.

Suspek berusia 40-an itu turut bertindak mengikat sebelum memukul bekas isterinya selepas puas melepaskan nafsu serakah dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Menurut sumber, kejadian  berlaku ketika mangsa berusia 34 tahun sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek yang turut membawa sebilah pisau.

“Sebaik menghampiri mangsa, suspek terus meletakkan pisau berkenaan di lehernya sebelum menampar selain mengugut akan membunuh bekas isterinya itu sekiranya dia enggan melakukan hubungan seks dengannya.

“Mangsa yang tidak mampu melawan selain takut dengan ugutan suspek hanya mampu membiarkan bekas suaminya merogolnya.

“Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek tidak berakhir di situ apabila dia bertindak mengikat kaki bekas isterinya sebelum membelasah wanita itu menyebabkan mangsa sakit di seluruh badan,” katanya.

Sumber berkata, sejurus kejadian itu, suspek tanpa rasa bersalah meninggalkan mangsa yang dalam kesakitan.

Katanya, mangsa yang bimbangkan keselamatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pasangan berkenaan bercerai pada Oktober tahun lalu dan mempunyai empat anak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s