‘Robin Hood’ bantu mangsa kemalangan

‘Robin Hood’  bantu mangsa kemalangan      

Ahmad   membantu mangsa yang cedera dalam kemalangan  membabitkan  dua kenderaan di Seri Bandi, Kemaman,  semalam.

Kuala Terengganu: Selepas digelar ‘Robin Hood’ kerana menahan lori roti sebelum diagihkan kepada mangsa banjir bulan lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, sekali lagi menarik perhatian apabila  membantu mangsa kemalangan jalan raya, petang semalam.

Dalam kesibukan bergegas ke beberapa lokasi bagi menghadiri program bersama masyarakat di Kijal, Ahmad sempat membantu mangsa kemalangan dua kenderaan di Seri Bandi, Kemaman,  semalam.

Arah pemandu berhenti

Beliau yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian selepas menghadiri program penyampaian bantuan dana bakti remaja di Dewan Seri Bandi, Kijal, Kemaman jam 3.45 petang, mengarahkan pemandunya berhenti sebaik melihat kemalangan itu.

Kemalangan itu membabitkan sebuah PROTON Perdana dengan PERODUA Viva yang menyebabkan pemandu dan penumpang dua kenderaan itu cedera, termasuk seorang tersepit dalam remukan PROTON Perdana.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria, berkata kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa, termasuk seorang mangsa wanita yang parah dalam PERODUA Viva. “Ketika Ahmad singgah di lokasi, mangsa yang cedera belum dihantar ke hospital kerana menunggu ketibaan ambulans.

“Menyedari keadaan itu, beliau membenarkan keretanya diguna bagi menghantar mangsa ke Hospital Kemaman. Malah, beliau turut menahan beberapa kereta yang lalu di situ untuk menghantar semua mangsa yang cedera ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.

Bantu mangsa tersepit 

Rosli berkata, Ahmad turut cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, tetapi mangsa tidak dapat dikeluarkan berikutan keadaannya yang tersepit agak parah.

“Namun, beliau tetap berada di situ sambil tidak putus-putus memberi semangat kepada mangsa untuk  bertahan sehingga dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke lokasi.

“Selepas semua selesai, baru Ahmad bergegas ke majlis bersama masyarakat di Dewan Sivik Kijal dengan menumpang sebuah kenderaan lain yang menuju ke program sama,” katanya.

Bulan lalu, Ahmad digelar ‘Robin Hood’ oleh blogger pembangkang, berikutan tindakannya menahan lori muatan roti sebelum bahan makanan  itu diagihkan kepada mangsa banjir di Chendor, Pahang.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s