Majlis Agama Islam, koperasi kariah masjid disaran bekerjasama

ABDUL Fattah Abdullah menyerahkan replika cek zakat Angkasa bagi negeri Terengganu kepada wakil MAIDAM, Wan Mohd Helmi Wan Mohd Samsudin (kiri) dalam Program Siri Diskusi Fiqh Muamalat dalam Gerakan Koperasi di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 11 Jun – Majlis Agama Islam di seluruh negara disaran bekerjasama dengan koperasi kariah masjid dalam usaha membantu membangun serta memajukan sumber-sumber ekonomi yang terdapat di sesebuah kawasan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kaedah itu diharap dapat memberi peluang kepada koperasi kariah masjid menjadi agensi menguruskan ekonomi termasuk tanah-tanah wakaf sekali gus menjana pendapatan untuk faedah yang bakal dimanfaatkan ahli dan penduduk.

Beliau memberitahu, kini terdapat 220 buah koperasi kariah masjid di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan penambahan 800 buah lagi bagi mencapai sasaran sebanyak 1,000 koperasi menjelang akhir tahun ini.

“Oleh itu, diharap Majlis Agama Islam dapat melihat balik ruang-ruang yang boleh membantu pertubuhan koperasi kariah masjid ini.

“Kita maklum pengurusan masjid tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan hal-hal berkaitan ekonomi kerana keutamaan jawatan kuasa masjid adalah untuk kelancaran ibadat rutin maka, Angkasa berpendapat mungkin peranan itu boleh diberikan kepada koperasi.

“Jangan risau kerana koperasi tidak akan mengusik hak milik sesuatu sumber kerana matlamat kita hanya untuk memajukan tanah wakaf itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penutup program Munaqasyah Fiqh Muamalat (Siri Diskusi Fiqh Muamalat) Dalam Gerakan Koperasi, di sini hari ini.

Program selama dua hari yang pertama kali diadakan Angkasa itu dihadiri kira-kira 300 peserta dan difahamkan akan diteruskan ke zon-zon lain bagi memberi didikan berhubung kewangan Islam dalam gerakan koperasi.

Dalam majlis itu, Angkasa turut menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM66,688.05 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Menurut Abdul Fattah, tahun lalu, sebanyak RM1.5 juta zakat perniagaan dikeluarkan Angkasa berbanding RM1.26 juta pada 2012.

Sementara itu, katanya, sehingga 31 Mei lalu, terdapat 255 buah koperasi yang telah memohon sijil pematuhan syariah oleh Jawatankuasa Syariah Angkasa.

“Daripada jumlah itu, jawatankuasa ini telah memberikan pengiktirafan pematuhan syariah kepada 42 buah koperasi,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140612/dn_12/Majlis-Agama-Islam-koperasi-kariah-masjid-disaran-bekerjasama#ixzz34NwBuN99
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s