MAIDAM lupus hampir dua tan abu al-Quran

MAIDAM-abu Quran

Mohd. Rozali Salleh (2 dari kanan) dan kakitangan Jabatan Laut membuang abu al-Quran ke tengah laut, 12 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu, kelmarin. © Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA TERENGGANU 27 Jun – Lebih 1,800 kilogram (kg) abu kitab suci al-Quran dibawa ke perairan Laut China Selatan semalam sebelum dilupuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada kedalaman sekitar 50 meter di kawasan kira-kira 12 batu nautika dari sini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, pelupusan naskhah lama dan rosak bersama Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. merupakan yang terbanyak sejak kaedah itu dimulakan dua tahun lalu.

Katanya, sebanyak 1,500 kg abu al-Quran itu dikumpul oleh MAIDAM manakala 300 kg lagi merupakan milik Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

“Pada masa ini, kebanyakan al-Quran yang diterima datangnya dari seluruh Terengganu termasuk melalui orang perseorangan serta masjid-masjid.

“Program pelupusan kali ini agak besar berikutan banyak al-Quran yang tenggelam dan rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi ekoran banjir besar yang melanda negeri ini penghujung tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program berkenaan.

Turut terlibat secara langsung dalam program itu ialah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur (Cawangan Terengganu), Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran), Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri serta Jabatan Hal Ehwal Fatwa negeri.

Ketika mula dilaksanakan pada 2012 bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesucian al-Quran dalam apa jua keadaan, sebanyak 200 kg abu kitab suci berkenaan berjaya dikumpul untuk dilupuskan dan jumlah itu meningkat pada tahun lepas kepada 700 kg.

Mohd. Razali berkata, MAIDAM juga bersedia membantu orang ramai melupuskan al-Quran dengan cara yang terbaik iaitu membakar di relau-relau kepunyaannya.

“Buat masa ini, naskhah yang tidak boleh digunakan perlu dihantar melalui pejabat-pejabat agama daerah untuk dikumpulkan.

“Kita juga sedang menimbang kemungkinan untuk memberi kuasa kepada masjid-masjid untuk melakukan perkara yang sama selepas ini,” katanya

Dalam pada itu, beliau memberitahu, hanya naskhah al-Quran dan Surah Yaasin yang betul-betul lama dan rosak sahaja diterima untuk tujuan pelupusan manakala buku teks agama atau kitab-kitab agama tidak diterima.

Katanya, hal demikian kerana kemampuan relau pelupusan al-Quran yang dimiliki MAIDAM untuk melakukan pembakaran dalam skala yang besar ketika ini agak terhad.

“Pihak MAIDAM juga bercadang mewujudkan relau pelupusan al-Quran di setiap daerah di negeri ini pada masa depan.

“Kewujudan relau itu memudahkan serta menjamin kesucian kitab suci ini agar terus terpelihara dan terjaga dengan rapi,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Agama, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s