Bukit Besi akan dibangunkan semula

DUNGUN 25 Jun – Kerajaan Terengganu akan membangunkan kawasan Bukit Besi sebagai destinasi pelancongan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya, kawasan itu yang pada satu masa dahulu merupakan pengeluar bijih besi, mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai tarikan baharu pelancong.

“Dalam lawatan saya hari ini ke kawasan berkenaan saya dapati perkampungan di Kuala Jengai dan kawasan sekitarnya sangat sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

“Memang kita sedia maklum di kawasan Bukit Besi terdapat beberapa tempat perkelahan yang menarik seperti Tasik Puteri, Air Terjun Cemerong dan juga penemuan pokok cengal terbesar serta hutan lipur yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini.

Turut hadir Speaker DUN Datuk Mohd. Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepengunaan dan Koperasi negeri Roslee Daud yang merupakan Adun Bukit Besi.

Ahmad Razif berkata, beliau akan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd. Jidin Shafee meneliti dan meninjau kawasan itu dalam masa yang terdekat bagi merangka pelan yang sesuai untuk Bukit Besi. – BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kerajaan & Pentadbiran, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s