Garis panduan hiburan akan dikeluarkan

KUALA TERENGGANU 1 Julai (Utusan)- Kerajaan negeri akan mengeluarkan satu garis panduan persembahan hiburan yang dibenarkan dan mengikut kesesuaian Islam tidak lama lagi.

MB-RazifMenteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sudah tiba masanya langkah itu diambil bertepatan dengan status ‘Terengganu Darul Iman’ agar program hiburan secara lebih Islamik dapat diperkasakan.

Beliau memberitahu, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan generasi sekarang tidak terjerumus ke dalam perkara tidak bermoral.

“Sejak kebelakangan ini kerajaan melihat masalah serta gejala sosial sebegini di sebabkan beberapa perkara yang lebih kepada ekstrem dan sebagainya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat sekitar Parlimen Kuala Nerus di Dataran Seberang Takir, dekat sini semalam.

Ahmad Razif seterusnya memberi jaminan, usaha menghidupkan semula garis panduan berkaitan persembahan hiburan itu di bawah tanggungjawab Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (Putra) yang baru diwujudkan.

“Memang dalam perancangan saya, di bawah Putra ini, kita akan lihat balik perkara ini dari segala sudut seperti persembahan yang tidak ekstrem selain pakaiannya juga turut diambil kira,” ujarnya.

Beliau memberitahu, generasi sekarang mula berminat mengadakan persembahan berbentuk islamik antaranya dikir zikir selain zikir perdana dan sebagainya yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Peraturan seperti ini sebenarnya pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu program perkampungan hadari dan sebagainya, jadi saya nampak konsep ini perlu ditonjolkan kembali,” katanya.

http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s