Lebih RM392j zakat harta dipungut dalam tempoh empat tahun

KUALA TERENGGANU 2 Julai – Lebih RM392 juta zakat harta berjaya dipungut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi tempoh 2010 hingga penghujung tahun lalu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, daripada jumlah itu, kira-kira RM121 juta merupakan pungutan tahun lalu iaitu yang tertinggi dalam tempoh empat tahun.

“Bagi tahun ini pula iaitu sehingga 30 Jun yang lalu telah mencecah RM41 juta dan kita jangkakan jumlah itu akan terus meningkat sehingga penghujung tahun ini,” katanya di sini semalam.

Menyentuh mengenai zakat fitrah pula, beliau memberitahu, lebih RM5.8 juta telah dipungut daripada 755,479 orang pembayar sepanjang Ramadan tahun lalu dengan daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah pembayar tertinggi iaitu seramai 254,880 orang.

Katanya, ini diikuti daerah Kemaman dengan seramai 127,257 pembayar, Dungun (105,330), Besut (101,474), Marang (60,476) dan Hulu Terengganu dan Setiu dengan masing-masing seramai 59,853 dan 46,209 pembayar.

“Pada tahun ini, seramai 1,096 amil dilantik untuk membuat kutipan fitrah dengan 401 daripadanya ditempatkan di Kuala Terengganu, 144 (Besut), 134 (Hulu Terengganu), 124 (Kemaman) dan selebihnya di daerah lain termasuk Marang, Dungun dan Setiu.

“Seramai, 23 amil baharu pula dilantik pada tahun ini iaitu 11 orang di Kuala Terengganu, empat (Setiu), tiga (Besut), seorang di Marang serta masing-masing dua orang di Kemaman dan Dungun,” katanya.

Mohd. Rozali berkata, tindakan menamatkan perkhidmatan amil yang dilantik akan diambil serta-merta jika mendapati mereka menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dengan mengutip zakat fitrah tanpa mengeluarkan resit kepada pembayar zakat.

“Terdapat beberapa kes berbangkit sebelum ini sedangkan MAIDAM membekalkan resit yang mencukupi kepada amil-amil berkenaan untuk melancarkan tugas mereka.

“Susulan itu juga, MAIDAM memendekkan tempoh perkhidmatan amil yang sebelum ini tiada had dan berkhidmat selagi mampu kepada hanya tiga tahun, sebelum diperbaharui untuk tahun berikutnya jika rekod perkhidmatan mereka baik,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s