MB Terengganu lawat Hadi Awang

MBRazif lawat HadiKUALA TERENGGANU 3 Julai – Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediaman saudaranya di Sentul pagi ini.

Ahmad Razif dan isterinya, Toh Puan Halina Zakaria meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan Abdul Hadi di samping mendoakan beliau cepat sembuh.

“Saya berasa gembira apabila melihat Abdul Hadi sudah kembali ceria dan bertenaga.

“Saya berharap beliau cepat sembuh dan kembali bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Mei lalu, Abdul Hadi yang dalam lawatan ke Turki dikejarkan ke Hospital Universiti Medipol Hastansi di Istanbul, selepas beliau mengadu sesak nafas.

Abdul Hadi hanya pulang semula ke tanah air 18 Jun lalu dan mendapat rawatan susulan di Ins­titut Jantung Negara (IJN). Turut melawat Abdul Hadi sebelum itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s