RM11.4 juta bantu mualaf

KUALA TERENGGANU 4 Julai – Sebanyak RM11.4 juta diperuntukkan bagi menjayakan pelbagai program kebajikan yang melibatkan golongan mualaf di negeri ini sepanjang tahun lepas.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, peruntukan itu disa­lurkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Katanya, peruntukan itu bertujuan membiayai pelbagai keperluan mualaf termasuklah sewa rumah, makan minum, bantuan perubatan, seminar dan kursus kefahaman Islam serta pembiayaan untuk mereka yang mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Ketika ini, ada kira-kira 2,300 mualaf yang berdaftar dengan Mai­dam di seluruh Terengganu dan dalam hal ini, kita (Maidam) sentiasa mengambil berat apa sahaja keperluan mereka bagi memastikan mereka selesa selepas memeluk Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Meraikan Saudara Baru Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Motel Desa, di sini semalam.

Kira-kira 50 saudara baharu dari sekitar bandar raya ini diraikan pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Rozali berharap, syarikat-syarikat swasta lain mencontohi Motel Desa dalam membantu golongan mualaf di negeri ini.

“Sudah lumrah, mereka ini, (go­longan mualaf) mendapat pelbagai rintangan dan halangan daripada saudara mara dan sahabat handai apabila memeluk Islam.

“Jadi, menjadi tugas kita untuk membantu mereka agar nikmat persaudaraan sesama Islam dapat dihayati oleh golongan ini,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s