Transformasi Terengganu Baharu

KUALA TERENGGANU 5 Julai – Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri dengan berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Suatu pernyataan yang bukan sekadar slogan dan jenama, tetapi perkara itu mahu diterjemahkan bersama jentera kerajaan dan parti agar matlamat akhir benar-benar terarah, membawa lebih banyak kebaikan untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Ini termasuk menilai semula pelbagai program dan projek besar yang bakal dan telah dilaksanakan apabila banyak keluh-kesah dan kebimbangan kedengaran selain meneruskan apa yang sememangnya melegakan di samping mengatur perancangan baharu dengan gerak padu.

TTB menjurus kepada amalan ‘Terengganu Terbersih’ dan kerja secara berpasukan dalam segala urusan dengan tiga aspek utama diberi penekanan iaitu tadbir urus yang baik, inklusif dan agama sebagai wadah penyatuan.

Dalam menghayati urus tadbir yang baik, Ahmad Razif tentunya mahukan barisan kepimpinan dan anggota perkhidmatan awam melayan dengan baik pelanggan mereka iaitu semua lapisan rakyat dan jangan menolak harapan terhadap pertolongan dan aduan yang dikemukakan.

“Ini kerana apa yang mungkin kecil dan remeh bagi kita, sebenarnya suatu yang besar dan cukup bermakna bagi orang lain dan harapan-harapan mereka itulah yang sewajarnya kita berusaha penuhi.

“Dalam membuat transformasi pentadbiran, kita perlu berhemah dan bijak. Saya telah beritahu pegawai-pegawai supaya jangan membuat sesuatu yang umum merasakan ia adalah satu tindakan yang tidak bijak dan boleh memberi tanggapan buruk,” kata Ahmad Razif kepada pemberita di sini baru-baru ini.

“Terengganu digelar Darul Iman. Dalam konteks Darul Iman ini, konsep TTB dengan Terengganu Terbersih perlu diterapkan iaitu mesti melaksanakan pekerjaan secara telus (integriti), berpasukan dan berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat dengan jalan yang dituntut oleh agama,” tambah beliau.

Katanya, pemimpin di semua peringkat dan penjawat awam perlu sentiasa peka dengan setiap denyut nadi dan hati nurani rakyat agar mereka dapat mengecapi kehidupan yang tenang dengan keadaan politik yang stabil, ekonomi yang berkembang pesat serta pendidikan yang baik untuk anak-anak.

Menurutnya, salah satu usaha yang diambil ialah dengan mewujudkan Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) di Pejabat Menteri Besar bagi membolehkan aduan rakyat dapat disalurkan dengan lebih mudah dan cepat untuk ditangani.

“Ini selaras dengan pendekatan inklusif yakni rakyat keseluruhannya mempunyai ruang dan peluang terbuka untuk memperoleh perkhidmatan terbaik dan bukannya terhad kepada golongan tertentu sahaja,’’ ujar beliau.

Kerajaan negeri katanya, bersetuju menubuhkan sebuah pusat kajian melalui peranan universiti tempatan bagi mengenal pasti golongan miskin dan kurang berkemampuan yang berpotensi untuk dibantu memajukan diri dan keluarga melalui perniagaan.

Tambahnya, Pusat Transformasi Pendidikan diberi tumpuan agar agenda mengangkat kecemerlangan rakyat melalui pelaburan besar dalam prasarana ilmu dan modal insan akan berterusan.

Bagi bulan pertama, suatu permulaan yang menyakinkan bagi Ahmad Razif ketika beliau berusaha untuk meminimumkan pergeseran dalam parti dan mengajak pembangkang agar tidak menjadi seteru berpanjangan tetapi bersama berperanan ke arah kebaikan.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s