RM1.7 juta sumbangan Projek Ihsan Tabung Haji seluruh negara

KUALA TERENGGANU 7 Julai – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM160,000 kepada 320 orang dalam kelompok asnaf di negeri ini sempena Ramadan.

Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Ghazali Awang berkata, sumbangan di bawah Projek Ihsan Tabung Haji itu berjumlah RM500 kepada setiap penerima dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Sumbangan tahunan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan serta membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Projek Ihsan Tabung Haji Terengganu 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah TH negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar dan Pengetua SMK Ibrahim Fikri, Razali Othman.

Menurut Ghazali, Terengganu merupakan negeri kedua dalam siri jelajah projek ihsan Tabung Haji di seluruh negara selepas Perak yang dijangka berakhir di negeri Melaka pada 22 Julai ini.

Beliau menambah, pada tahun ini Tabung Haji menyasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta kepada sebanyak 3,424 asnaf fakir dan miskin seluruh negara meningkat sebanyak RM1.6 juta dengan sebanyak 3,200 orang penerima pada tahun lalu.

Selain Program Ihsan Tabung Haji ujarnya, turut melaksanakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lain khususnya untuk golongan asnaf seperti Program Baiti (program pembinaan dan membaik pulih rumah) dan Projek Iqra (program Pendidikan) di seluruh negara.

Sementara itu seorang penerima, Omar Musa, 67, mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Tabung Haji di atas pemberian zakat itu kerana ia menambahkan kegembiraannya menyambut Aidilfitri.

“Dengan duit zakat ini bolehlah pakcik membeli keperluan sempena Ramadan dan menyambut hari raya nanti,” katanya yang menetap di Kampung Tanjong Haji Kasim.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s