Surirumah dan warga Vietnam maut kemalangan

MARANG 9 Julai – Seorang wanita tempatan dan seorang buruh warga Vietnam maut manakala dua lagi parah setelah terlibat dalam nahas melibatkan dua kereta serta sebuah motosikal dalam kemalangan di KM21.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kelulut, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, suri rumah, Zuraiha Zainal Abidin, 33, dan Le Ngoc Toan, 30, mati di tempat kejadian setelah masing-masing mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Menurut jurucakap polis Marang, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang warga Vietnam itu dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, cuba memotong sebuah kereta Proton Iswara.

Bagaimanapun lelaki Vietnam berkenaan gagal memotong kereta yang dinaiki Zuraiha bersama suami serta empat anaknya lalu merempuh sebuah Mercedes Benz yang datang dari arah bertentangan.

Katanya susulan rempuhan itu, Mercedes Benz yang dipandu Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki keluarga berkenaan.

Menurut jurucakap polis itu, rempuhan kuat tersebut mengakibatkan warga asing berkenaan tercampak kira-kira 35 meter dan putus kaki kanan serta tangan kanan hampir putus.

Suami Zuraiha, Badrul Hisham Bakar, 39, yang merupakan pemandu kereta Proton Iswara juga parah serta patah kaki kiri dan anak lelakinya Muhammad Adam Muamzar, 6, parah di kepala.

Tiga lagi anaknya, Muhammad Adam Wazif, 8, Nur Nia Dzaira, 4, dan Qaseh Eva Qaizara, 1, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dua penumpang kereta Mercedes Benz itu, Tengku Yusof Tengku Mahmud, 58, yang merupakan bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Penolong Pendaftar UiTM Dungun, Mohd Nasrul Nizam Mohd Nasir, 33, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu ibu saudara Zuraiha, Rosmaliza Kadir, 41, berkata beliau difahamkan anak saudaranya itu dalam perjalanan dari Kampung Palekbang, Kelantan menuju ke rumah kakak iparnya yang tinggal di Paka, Dungun.

“Saya terkejut selepas terima panggilan telefon mengatakan anak saudara saya terlibat dalam kemalangan dan saya terus bergegas ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Risikin Satiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.-BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s