TM tingkat operasi Maidam melalui DOME

 

Rozali Salleh (kanan) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Hamidun Ismail di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/Syazwani Sobri

KUALA TERENGGANU 7 Julai – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berusaha mempertingkatkan prasarana komunikasinya bagi melicinkan operasi pentadbiran seiring dengan tuntutan yang semakin besar dan mencabar.

Terbaru hari ini, Maidam menandatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat peneraju jalur lebar, maklumat dan komunikasi bersepadu bagi menyediakan perkhidmatan Direct Over Metro-E (DOME).

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Rozali Salleh manakala TM diwakili oleh Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.

Mengulas mengenai kerjasama terbaharu itu, Hamidun berkata, sambungan bersepadu dan lebih pantas yang disediakan melalui DOME TM, Maidam mampu mempertingkatkan infrastruktur rangkaiannya.

Katanya, di bawah perjanjian untuk tempoh lima tahun ini, TM sedang menaik taraf kapasiti sambungan internet di Maidam bagi menyediakan akses yang lebih pantas ke internet sekali gus mempertingkatkan pengalaman komuniti Maidam.

“Dengan sambungan yang dipertingkatkan, pentadbiran Maidam dan para kakitangan boleh berhubung dengan lebih pantas dan efisien. Selain tu, Maidam turut dapat memantau infrastruktur rangkaian teknologi komunikasi dan maklumat dalam persekitaran yang lebih selamat.

“Dengan bukti kejayaan kami sebagai rakan usaha sama pilihan kerajaan dalam menyediakan sambungan dan perkhidmatan telekomunikasi lain melalui rangkaian kami, TM berada dalam kedudukan terbaik untuk memenuhi agenda negara bagi mencapai objektif Projek-projek Permulaan (Entry Point Projects – EPP) kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi.

“Dengan penyediaan perkhidmatan DOME TM dan Maidam kini selangkah lebih hampir untuk mencapai matlamat EPP dalam memberikan capaian jalur lebar kepada semua dan memperluaskan penggunaan e-Kerajaan,” tambah Hamidun.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s