LPT2 Jabor-Cheneh dibuka 21 Julai ini

KUALA TERENGGANU – Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

“Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

“Kita juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai pula sekiranya sempat sebelum Aidilfitri ini, namun belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu,” katanya.

Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi, katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran. – Bernama

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kerajaan & Pentadbiran, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s