Beli rumah dapat diskaun RM7,000

DUNGUN 13 Julai – Bagi meringankan beban rakyat kurang berkemampuan, kerajaan negeri akan memberi diskaun sebanyak RM7,000 pada setiap harga rumah mampu milik di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, harga sebenar rumah jenis itu di negeri ini adalah RM75,000 seunit dan dengan diskaun tersebut, kerajaan bersetuju mengenakan harga RM68,000 sahaja.

Katanya, harga yang dikenakan itu tidak termasuk rumah mampu milik yang dibina di kawasan Duyung dan Ladang Gemilang di Kuala Terengganu.

“Pemilik rumah mampu milik hanya perlu membayar RM68,000 saja, tiada sebarang feadah dikenakan dan mereka hanya perlu bayar RM189 sebulan berbanding RM323 sebulan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik dan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Arena Merdeka, dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Exco Kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud; Pegawai Pembangunan Dungun selaku Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Pegawai Daerah Dungun, Mat Akil Mat.

Ahmad Razif berkata, sebelum ini, harga yang ditetapkan adalah RM75,000 dengan kadar faedah sebanyak 5.5 peratus selama 25 tahun manakala harga keseluruhan yang perlu dibayar penduduk berjumlah RM130,000.

“Kerajaan melihat harga itu amat berat yang perlu ditanggung rakyat berpendapatan rendah dan ini merupakan hadiah kerajaan negeri sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kerajaan menyelami setiap hati dan denyut jantung rakyat dan inilah yang kita buat selaras slogan kerajaan negeri ‘Kecil Bagi Kerajaan Besar Bagi Rakyat’,” katanya.

Ahmad Razif berkata, harga yang membebankan itu juga menyebabkan ramai di kalangan rakyat yang dipilih menerima rumah itu terpaksa menolak permohonan itu kerana mereka tidak mampu.

“Oleh itu saya telah mengarahkan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya memberi tawaran semula rumah terbabit kepada mereka yang menolaknya.

“Kita mahu semua rakyat miskin dapat menikmati kehidupan yang sempurna tanpa membebankan mereka dengan harga rumah yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, kelewatan menyerahkan rumah terbabit mengakibatkan banyak perumahan itu mengalami kerosakan akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

“Banyak kerosakan berlaku termasuk kecurian pendawaian elektrik dan kerosakan setiap rumah dianggarkan bernilai sekitar RM3,000 hingga RM5,000.

“Saya dah arahkan PMINT supaya segera baiki segala kerosakan terbabit dan dalam tempoh sebulan, kita mahu rakyat telah menduduki rumah mereka,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s