4 warga Indonesia parah, 2 cedera selepas 100 mercun bola meletup

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Empat warga Indonesia parah dan dua lagi cedera selepas 100 biji mercun bola meletup di kediaman mereka di Kampung FELDA Jerangau, Dungun, kelmarin.

Kejadian pada jam 2 petang itu menyebabkan empat daripada enam warga asing terbabit patah tangan serta kaki selain melecur dan putus jari.

Ketika kejadian, mereka yang berasal dari Lombok dikatakan sedang berehat di ruang tamu rumah berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, seorang daripadanya yang dikenali sebagai Hairi, 30, mengeluarkan belerang daripada mercun terbabit dan dimasukkan ke dalam balang plastik.

Selepas selesai mengasingkan belerang, dia membersihkan sisa mercun dengan membakarnya menggunakan pemetik api.

Hairi kemudian memasukkan sisa mercun yang sudah menjadi abu ke dalam balang berisi belerang dan meletakkannya di ruang tamu tempat mereka berehat.

Bagaimanapun, balang berkenaan meletup menyebabkan keenam-enamnya tercampak dan mengalami kecederaan parah.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s