410 fakir, miskin terima bantuan raya

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurnia kan bantuan kewangan, pakaian dan barangan keperluan kepada 410 fakir miskin serta pelajar sekolah di negeri ini.

Majlis Pengurniaan Bantuan itu dianjurkan Yayasan Diraja Sultan Mi zan (YDSM).

Pada majlis itu, sebanyak 200 fa kir miskin lelaki dan wanita menerima RM250 dan pakaian serta hamper barangan asas seperti beras, milo, susu dan biskut.

Tuanku Mizan yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah juga berkenan menyampaikan bantuan kepada 210 pelajar miskin dari tujuh sekolah di daerah ini.

Pelajar berkenaan adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, SK Banggol Paradong, SK Atas Tol, SK Kampung Baharu Serada, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ibrahim Fikri dan SMK Kuala Jengal.

Pada tahun ini, dua madrasah iaitu Madrasah Mazahirul Ulum dan Madrasah Menerong serta Sekolah Pendidikan Khas: Bengkel Pemulihan Kebajikan Daerah Marang turut terpilih menerima bantuan itu.

Pelajar-pelajar tersebut mene ri ma duit raya sebanyak RM200 seo rang.

Yang turut hadir Menteri Besar, Da tuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Dalam pada itu, Pengerusi Maj lis Pengurniaan Bantuan itu me rangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd. Fadz li Yusof berkata, sebanyak RM160,000 diperuntukkan pihak yayasan bagi tujuan tersebut.

Katanya, sebagai badan amal, YDSM mendapat banyak kerja sama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam proses memilih pene rima yang layak.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Zakaria Abu Bakar, 70, bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukkan pemerintah Terengganu tersebut.

Katanya, bantuan itu sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban terutama dalam menyambut ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagi Puteri Nur Izzati Maisarah Zafri, 17, dia amat gembira kerana menerima bantuan tersebut, malah tidak kisah sekiranya bapa dan ibunya mahu menggunakan duit yang diterima tersebut untuk kegunaan keluarga.

Dia yang bersekolah di SMK Ibrahim Fikri di sini berkata, sebelum ini, dia turut menerima bantuan Aidilfitri daripada pihak sekolah yang berjumlah RM30.

“Kami enam beradik belum beli baju raya lagi dan sebagai anak sulung, duit ini diharap dapat membantu ibu dan ayah berbelanja untuk adik-adik yang lain,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s