Polis rampas RM39,000 mercun

KUALA TERENGGANU 21 Julai – Polis menahan 14 orang termasuk seorang wanita dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api bernilai kira-kira RM39,000 dalam beberapa serbuan di negeri ini sejak awal Ramadan hingga kini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, kesemua mereka yang ditahan kerana menjual bahan larangan itu berusia antara 22 hingga 30 tahun dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957

Beliau berkata, jumlah kes terbanyak ialah di Kuala Terengganu iaitu lapan kes dengan tujuh tangkapan termasuk seorang wanita; Besut (tiga kes serta tiga tangkapan) manakala Dungun dan Hulu Terengganu (masing-masing dua kes serta dua tangkapan).

“Kes kecederaan akibat bermain mercun dilaporkan setakat semalam adalah 13 kes dengan Kuala Terengganu (4), Kemaman (3), Dungun (4) dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Setiu.

“Ingin saya maklumkan larangan bermain mercun semasa musim perayaan masih kekal, oleh itu, diharap orang ramai dapat mematuhi larangan tersebut bagi mengelakkan berlakunya kecederaan, kebakaran dan kematian,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Wan Abdul Aziz, polis tidak akan berkompromi dengan penjualan mercun serta bunga api terlarang dan akan tetap meneruskan serbuan dari semasa ke semasa.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s