Dua beradik dihalau ibu, bapa kelaparan

Kuala Terengganu (Berita Harian): Dua beradik berusia lima dan tujuh tahun bukan sahaja ditemui kelaparan dan tidak terurus akibat dihalau ibu bapa, malah seorang daripada mereka turut memiliki beberapa kesan kecederaan lama disyaki akibat didera.

Kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu ditemui seorang lelaki yang ternampak dua beradik itu di halaman rumahnya di Kampung Gong Kasim, Merchang, Marang, dalam keadaan menyedihkan pada jam 9 malam, Sabtu lalu.

Curiga melihat keadaan dua budak itu, lelaki mendekati mereka sebelum kedua-duanya mengaku sudah dua hari tidak pulang ke rumah kerana dihalau ibu bapa.

Dakwa kena halau

Lelaki itu membawa dua kanak-kanak itu ke Balai Polis Merchang. Polis mendapati kedua-dua mereka mengaku dihalau bapanya berusia 53 tahun dan isterinya yang juga rakyat Thailand, berusia 33 tahun.

Dua beradik itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Mereka mendakwa berkeliaran di sekitar kampung selepas dihalau keluar rumah, katanya.
Susulan laporan dibuat, bapa kanak-kanak itu dan isterinya ditahan di rumah mereka di Kampung Gong Kasim.

Suspek yang bekerja sebagai nelayan dan isterinya mengaku mengabaikan dua beradik itu, katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s