LPT2 – Jajaran Jabor-persimpangan Ceneh dibuka

[maklumat LPT2 – peta jajaran, persimpangan dan kawasan rehat – klik]

KEMAMAN 22 Julai – Sebahagian lagi jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor ke persimpangan Ceneh sejauh 26 kilometer dibuka untuk hari ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna terutama pada musim perayaan kini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman menyempurnakan pelancaran dalam satu majlis ringkas dengan simbolik penyerahan cenderamata kepada pengguna laluan itu.

Katanya, pembukaan seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik menuju pantai timur.

“Berapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Ceneh ke persimpangan Cukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka dijangka dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini,” katanya di sini semalam.

Untuk rekod, LPT2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh di utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

LPT2 yang sepatutnya siap pada akhir 2010 itu bagaimanapun berdepan masalah dan kelewatan berikutan beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan termasuk ekoran masalah kenaikan kos pembinaan.

LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011 dan sehingga 25 Januari lalu, kerajaan telah membuka sebahagian jajaran sejauh 104 km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

One Response to LPT2 – Jajaran Jabor-persimpangan Ceneh dibuka

  1. Pingback: Sebahagian dari LPT Fasa 2 kini dibuka | Karim's Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s