Bayi maut tercampak nahas kereta

SEORANG wanita mengangkat mayat seorang bayi berusia lima bulan yang maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya dalam kemalangan di Kilometer 110, Jalan Jerangau-Jabur, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Terengganu, semalam. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140726/je_01/Bayi-maut-tercampak-nahas-kereta#ixzz38XI5zbdd © Utusan Melayu (M) Bhd

DUNGUN 25 Julai- Hasrat seorang ibu tunggal membawa bayinya yang berusia lima bulan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya di Ajil Hulu Terengganu tidak kesampaian apabila anak sulungnya itu maut selepas tercampak dalam kemalangan di Kilometer 110, Jalan Jerangau-Jabur, dekat sini hari ini.

Kejadian berhampiran Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika Nor Asikin Abu Bakar, 28, dan bayinya, Muhammad Ammar Mohd. Sobri yang menaiki kereta yang dipandu kakak Nor Asikin, Noor Aini, 30, dari Damansara, Petaling Jaya, Selangor hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum terbabas dan terbalik.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Ammar berada di pangkuan neneknya, Norsiah Ahmad, 50-an, yang duduk di tempat penumpang belakang tercampak keluar dari kereta Proton Persona.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Noor Aini yang patah tangan kiri dimasukkan ke Hospital Dungun manakala Noor Asikin yang duduk di bahagian penumpang depan dan ibunya, Norsiah hanya cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

“Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s