Isu Kampung Bijangga selesai

DUNGUN 22 Julai – Masalah 49 keluarga yang terpaksa meninggalkan penempatan di Kampung Bijangga di sini setelah sekian lama menumpang di tanah milik individu selesai apabila kerajaan negeri bersetuju memindahkan mereka ke penempatan baharu.

Khabar itu melegakan mereka yang sebelum ini resah dan buntu kerana mesti mengosongkan kawasan yang dihuni sejak beberapa dekad lalu selepas menerima notis mengarahkan mereka berpindah melalui peguam yang dilantik oleh pemilik tanah.

Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam ketika ditemui berkata, 21 keluarga akan dipindahkan ke rumah mampu milik di Kampung Nibong manakala selebihnya akan ditawarkan tanah di kawasan Kampung Pulau Serai.

Kebanyakan mereka itu terdiri daripada golongan nelayan dan buruh yang tinggal dalam keadaan sesak di kawasan seluas 1.6 hektar berhampiran Sungai Dungun itu merupakan generasi ketiga yang menumpang.

Katanya, selepas pewaris tanah terbabit ingin memajukan tapak berkenaan, penduduk di situ perlu merobohkan kediaman mereka dan meninggalkan tempat itu dalam tempoh enam bulan.

“Menyedari keadaan itu, saya bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif serta beberapa pemimpin UMNO turun padang menemui penduduk di situ untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Menteri Besar bersetuju untuk memindahkan keluarga terbabit ke Rumah Mampu Milik di Kampung Bukit Tebuk dalam tempoh terdekat,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Menyampaikan Bantuan Kepada Pelajar Miskin di Hotel Mayang Sari di sini baru-baru ini.

Din yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun berkata, rumah mampu milik itu mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dan ia memberi keselesaan kepada mereka tambahan lokasinya juga hampir dengan bandar.

Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang sanggup turun padang dan mengambil tindakan yang segera demi memahami setiap denyutan jantung rakyat.

“Saya berharap kepada semua keluarga terbabit menghargai pemberian untuk kehidupan keluarga yang lebih sejahtera,” katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s